Friday 17 April 2020

Selepas 2 Tahun Berkahwin, Nur Fazura Hamil Anak Pertama


KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Nur Fazura Sharifuddin berkongsi berita gembira dirinya hamil empat bulan.

Fazura, 36, memberitahu, dia tidak mengalami alahan seperti yang sering dihadapi ibu mengandung.

“Sejak disahkan berbadan dua, belum pernah lagi saya mengalami alahan teruk atau muntah-muntah pada waktu pagi seperti kelazimannya. Cuma ada rasa penat sedikit.

“Saya bersyukur kerana Tuhan mempermudahkan urusan saya. Mujur juga tiada alahan, kalau tidak, mesti ramai yang boleh hidu berita kehamilan saya ini.

“Walaupun tanpa alahan tapi rasa mengidam itu tetap ada dan boleh dikatakan sepanjang masa. Sebelum ini, saya tak suka masakan pedas tapi sejak mengandung, saya jadi suka pula,” katanya eksklusif kepada BH Online.

Ditanya perasaan sebaik mendapat tahu dia bakal bergelar ibu, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini berkata, pada awalnya, dia ragu-ragu dengan hasil ujian yang ditunjukkan alat pengesan kehamilan.

“Memandangkan soal kehamilan adalah bersifat peribadi dan tak mahu heboh pada peringkat awal, saya memilih menggunakan alat pengesan kehamilan dan hasilnya positif.


“Masih tak puas hati, saya lakukan ujian buat kali kedua dan hasilnya tetap sama iaitu positif. Untuk lebih yakin, saya buat lagi ujian sama. Kali ini  saya menggunakan alat pengesan kehamilan digital dan tertera di skrin mengatakan saya hamil.

“Selepas tiga kali melakukan ujian, barulah saya benar-benar yakin diri berbadan dua,” kata pelakon Dendam Pontianak ini.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi Bisa Apa ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan agar mereka segera menimang cahaya mata.

“Sejak mendirikan rumah tangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa juga rezeki atau dugaan yang diberikan oleh-Nya.

“Alhamdulillah, berkat doa  kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan peminat, akhirnya impian kami dimakbulkan,” kata Fazura yang turut berkongsi berita kehamilannya itu di Instagram (IG).

Sebelum ini, Fazura pernah dikatakan hamil selepas foto yang didakwa menampakkan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen menjadi tular.

Dia bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/34HkqEW
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3blKHv2
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment