Ada ramai ibu bapa yang risau bila nampak badan anak naik gatal dan merah. Hinggakan anak jadi merengek tak selesa. Sebenarnya gatal-gatal anak ni boleh jadi naik secara tiba-tiba dan ada juga yang alah pada makanan.
Sekiranya penyebab gatal ini bukan disebabkan makanan, ibu bapa boleh cuba buat dan amalkan cara mudah dengan beberapa bahan saja.
Seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al-Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin anda boleh lakukan sendiri dirumah dengan membaca ayat al-Quran, zikir dan selawat.
Berikut perkongsiannya
Kebetulan anak kena #Gatal2 hari ini saya buatkan penawar untuk beliau..Musim pkp ini ramai whatsap saya macam mana penawar sakit gatal.. Sebelum ini saya ada share,saya share Kan semula untuk panduan pada mereka yang masih belum tahu..
Sekiranya anda mengalami kegatalan pada kulit terkena kayap, gatal-gatal, kurap dan sebagainya berkenaan kulit boleh amalkn cara di bawah:
Ambilkan air panas suam di masukkan 2 sudu garam halus kacau sampai larut dan masukkan lada hitam 1 biji dalam air tersebut lalu di baca:
Al Fatihah 7x
dan baca Zikir “Yaa Saalam sebanyak 70x”
Di akhiri selawat 7x
Selesai membaca di atas sapukan air garam tersebut tempat pertama yang terkena gatal selepas itu baru sapu tempat lain.
Insha Allah siapa yang terkena kayap kebiasaanya izin Allah 3 hari kering dan termasuk sakit gatal yang lain buat dengan yakin dan ikhlas inshaa Allah di permudahkan Allah. Amin
Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin via https://ift.tt/2ByeaBO
from Sehinggit Media https://ift.tt/2XRiCrx
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2RNFJj5
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment