Sunday, 19 April 2020

Masak Dua Menu Secara Serentak, Periuk Nasi Berharga RM800 Pula Menjadi Idaman Para Isteri


Buat para ibu yang bekerjaya, pastinya ingin peralatan dapur yang dapat menjimatkan masa dan memudahkan untuk menyediakan makanan. Pastinya jika para ibu tahu akan periuk nasi serbaguna dari Jepun ini, mereka akan tersenyum gembira dan ingin mendapatkannya.

Bukan sekadar periuk nasi, Twin Chef hadir dengan tetapan yang berbeza membolehkan anda mengoptimumkan suhu dan masa memasak periuk untuk membuat makanan yang berbeza.

Anda bukan sahaja boleh masak nasi tetapi anda juga boleh tampil dengan menu seperti okayu (bubur nasi Jepun), nimono (daging dan sayur-sayuran rebus ala Jepun), sup dan kek.


Lebih menarik, anda boleh masak 2 menu berbeza dalam satu masa yang berbeza dan juga dua dulang steamer turut diberikan untuk membuat lauk tambahan. Difahamkan harga untuk Twin Chef ini adalah 19,800 yen (~RM803) sahaja dan jika berminat boleh dapatkan di laman sesawang Shop Japan.


Sumber: The Vocket


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XO90Oc
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34RGhtl
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment