Tuesday, 21 April 2020

Isteri Jangan ‘Kedekut’ Doakan Suami. Itulah Sumber Utama Rezeki Meriah, Hidup Bahagia


Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT. Kita sebagai manusia boleh berusaha, berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki. Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga. 

Jika tidak dapat bantu banyak, sekurang-kurangnya bersolatlah. Jika seorang isteri dengan ikhlas mendirikan solat dhuha dan mendoakan bagi suaminya diluaskan pintu rezeki, sebenarnya amalan ini sangat membantu.

Lihatlah sendiri, ketika sebelum mendirikan solat dhuha, rezeki suami mencukupi, tetapi tidak lebih. Sekadar yang ada. Ada masanya mungkin berkurangan pula. 

Tetapi apabila seorang isteri itu mendoakan suaminya ketika dalam solat dhuha, datang pula rezeki lain tanpa diduga. Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit tetapi lebih daripada itu. Jika dilihat kebaikan mendirikan solat dhuha, ia rupanya sama seperti memberi 360 sedekah.


“Setiap Pagi, Setiap Anggota Badan Kalian Wajib Dikeluarkan Sedekahnya. Setiap Tasbih Adalah Sedekah, Setiap Tahmid Adalah Sedekah, Setiap Tahlil Adalah Sedekah, Setiap Takbir Adalah Sedekah, Menyuruh Kepada Kebaikan Adalah Sedekah, Dan Melarang Berbuat Mungkar Adalah Sedekah. Semua Itu Dapat Diganti Dengan Solat Dhuha Dua Rakaat.” (HR. Muslim).

Betapa besarnya kebaikan mendirikan solat dhuha. Selain hadis itu, terdapat juga hadis yang menunjukkan janji Allah SWT untuk menambah rezeki seseorang itu jika dia mendirikan solat dhuha.
Allah SWT Berfirman, “Wahai Anak Adam, Janganlah Engkau Luput Dari Empat Rakaat Di Awal Harimu, Nescaya Aku Cukupkan Untukmu Di Sepanjang Hari Itu.” (HR. Ahmad)

Bukan susah, hanya dengan mendirikan solat dhuha dan mengadu semua hal kepada-Nya, anda dapat membantu suami. Pengorbanan ini tidak perlu dihebah-hebah, cukup sekadara Allah SWT menilai dan menganugerahkan kesenangan kepada anda sekeluarga. Jika tidak sempat untuk solat dhuha hari ini, mula jadikan ia amalan harian mulai esok. Semoga kita semua dikurniakan rezeki dan kebaikan sentiasa.

Sebagai seorang isteri, anda boleh mendoakan suami setiap masa dan di mana sahaja. Ia tidak mengambil masa yang lama, tetapi jika dilakukan secara ikhlas untuk kebaikan suami, dengan izin-Nya pasti pintu rezekinya diperluaskan.

Sumber : https://ift.tt/2ByeaBO


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Ko5ZfL
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VImg4t
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment