Tuesday 21 April 2020

Didakwa Ingkar PKP, Anak Zahid Cabar Pengikut Instagram Lapor Polis Terhadapnya


Viral di media sosial apabila tindakan Nurul Zahid telah menjadi perhatian netizen kerana memuat naik bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Agama, Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam.

Bagi netizen, Nurul zahid telah dikatakan melanggar PKP dan ia menjadi pertikaian orang ramai. 

Semua ini boleh dibuat melalui Video Call – Netizen

Perkongsian dari Instagram miliknya itu di screecshot semula oleh netizen di Twitter.

“Sedangkan solat Jumaat pun sudah 4 minggu tak dibenarkan, inikan pula “… menyampaikan kegusaran dan kerisauan…” Harap kerajaan serius dalam melaksanakan PKP agar semua rakyat Malaysia tidak kira kedudukan dilayan sama adil.”

Ramai netizen yang mengkritik tindakannya itu, malah mereka juga mempertikaikan seolah-olah Nurul Zahid menggunakan ‘kelebihannya’ untuk keluar dari rumah.


Malah, rasa marah netizen membuak-buak apabila beliau beri respon netizen yang mempertikaikannya itu dengan mencabar mereka untuk buat laporan polis terhadapnya dan menegaskan bahawa beliau tak gentar kerana boleh beri kerja sama beri keterangan.

Report lah polis, saya cabar – Nurul Zahid





Bagaimanapun, Nurul Zahid ada tampil memperjelaskan perkara sebenar, katanya beliau bukanlah swenang-wenangnya untuk keluar rumah. Ia atas dasar urusan rasmi, penjelasan itu dibuat melalui Instagram.

“Tiada siapa terlepas dari undang-undang…Atas sebab urusan rasmi “

Katanya lagi, dia akui tiada siapa yang boleh terlepas dari undang-undang, jadi beliau tidak gentar untuk beri kerjasama memberikan keterangan kerana perjumpaan itu adalah atas dasar urusan rasmi.


Dalam pada itu, beliau juga menepis dakwaan netizen yang kaitkan hal ini dengan politik, jadi beliau cabar mana-mana netizen yang mempertikaikannya melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa, bukan hanya ‘lantang’ di media sosial.

Hmm, kita pun jangan lah cepat buat andaian, ye dak?

Sumber: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3apcQQD
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VsiY6x
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment