Monday 13 April 2020

Budak 3 Tahun Melecur Ketika Cuba Buang Botol ‘Hand Sanitizer’ Ke Dalam Api


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun melecur teruk akibat disambar api selepas cuba membuang botol pencuci tangan yang kosong ke dalam api ketika ibunya sedang membakar sampah.

Mangsa yang dikenali sebagai Ganjar melecur teruk pada bahagian muka serta badan dan kini dirawat di Hospital Mandaya, Kerawang.

Sementara itu, beberapa foto Ganjar dalam keadaan berbalut tular di media sosial selepas ia dimuat naik di Facebook milik saudaranya, Kiki.


Menurut Kiki, bapa Ganjar baru beberapa bulan bekerja sebagai penjaga kolam di Tengerang dan kini terpaksa berhenti sementera disebabkan perintah kawalan berkurung akibat Covid-19.




Kiki turut meminta sumbangan orang awam demi meringankan beban yang dihadapi Gajar dan keluarga bagi melangsaikan bil-bil hospital.



Sumber: https://ift.tt/2TP95R3


from Sehinggit Media https://ift.tt/34usCbF
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VCE1Cj
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment