Monday 13 April 2020

168 Pesakit Covid-19 Sembuh Hari Ini, Lebih Tinggi Dari Kes Baharu


SERAMAI 168 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini setakat jam 5 petang, berbanding 134 kes positif baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh akibat COVID-19 seramai 2,276 kes iaitu 47.3 peratus. Seramai 134 kes baharu dilaporkan pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan 4,817 kes. 

Jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,464 kes telah diasingkan serta dirawat di hospital.


Tahniah diucapkan kepada semua petugas perubatan KKM yang berusaha merawat mereka sehingga sembuh.

Semoga jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan berganda oleh Allah SWT.

Terima kasih KKM!



from Sehinggit Media https://ift.tt/2xsZuoS
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ROHpJd
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment