KUALA LUMPUR – Sejak kembali menjadi pembangkang Lim Kit Siang dilihat sering mengeluarkan kenyataan mengesa kerajaan agar mengadakan sidang khas Parlimen.
Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hampir 4 kali gesaan mengenainya dibuat oleh ahli parlimen Iskandar Puteri itu.
“Setiap dua-tiga hari, Uncle (Kit Siang) akan tuntut sidang kecemasan parlimen diadakan. Mula-mula tuntut parlimen bersidang untuk usul undi tidak percaya atas PM-8.
“Lepas itu, tuntut parlimen bersidang untuk bincang pelan rangsangan ekonomi Covid.
“Diikuti dengan tuntutan sidang tergempar parlimen dua hari untuk bahas dan luluskan pakej rangsangan ekonomi Covid. Hari ini pula, dia tuntut parlimen bersidang untuk bincang jalan keluar PKP,” ujar Najib memetik kenyataan di laman Facebook sebentar tadi.
Melalui status yang sama, Najib turut menyarankan agar kakitangan parlimen memberikan kebenaran khas kepada Kit Siang untuk membolehkan Kit Siang duduk di dalam Dewan Rakyat sendirian.
“Pegawai yang mengawal Dewan Rakyat, sila ambil perhatian. Buka pintu Dewan Rakyat untuk Uncle masuk dalam tempoh PKP ini.
“Biar dia berkurung seseorang di dalam dewan sehingga PKP tamat. Beri dia sehelai selimut kerana kita maklum Dewan Rakyat terlalu sejuk,” sindir Najib lagi.
Sementara itu rata-rata pengikut Najib turut membidas Kit Siang kerana tiba-tiba ‘tunjuk rajin’ sedangkan dahulu sering ponteng sesi sidang dewan rakyat.
“Aikkk..ada lagi? Ingatkan dah bersara dari dunia politik bila PM ikat tepi si Anwar tidak dipilih jadi PM. Jujur sangat orang PH ni berbohong,” kata Niesha May.
“Ketika parlimen bersidang (ahli parlimen PH) tak hadir (atas alasan) sejukla, itu la, ini la. Itulah perangai mereka yang sebenar,” tegas Muhd Iqbal.
“Bila waktu kerja tak nak masuk parlimen sebab dewan sejuk. Bila waktu wabak, ehhh sibuk nak masuk parlimen. Apa korang nak sebenarnya?,” soal Afiq Zikri pula.
Sumber: SuaraTV
from Sehinggit Media https://ift.tt/2VbUBIW
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3aSEeYo
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment