Monday 21 August 2017

Siapa An Najwa, Tonggak Kejayaan Sukan Bola Jaring Negara?


Malaysia bersorak kemenangan di atas kejayaan skuad bola jaring wanita negara menggenggam emas di temasya Sukan SEA 2017.

Semua pemain kita hebat belaka! Itu tak dapat dinafikan lagi selepas mereka mempamerkan prestasi membanggakan pada perlawanan peringkat akhir itu.

Namun, penjaring utama atau Goal Shooter (GS) An Najwa mencuri perhatian dan menjadi sebutan apabila skuad negara mengakhiri kemarau 16 tahun pingat emas di Sukan SEA.


Lihat sahajalah langkahnya yang lincah dan agresif apabila berada di bawah jaring, pasti tidak terlepas daripada menghasilkan gol yang cantik!


Walaupun menjadi bualan, tidak ramai yang mengenali gadis tinggi lampai itu sebelum ini kerana kurang pendedahan media.

Jika anda termasuk antara yang tertanya-tanya siapakah An Najwa, jom baca serba sedikit fakta mengenai 'buah hati' baru rakyat Malaysia yang digali Astro Awani ini!


An Najwa Azizan:

1. Dilahirkan pada 9 Ogos 1997, anak keempat dari lima beradik.

2. Berketinggian 178 sentimeter (5'10 inci).

3. Mula berjinak-jinak dengan bola jaring pada usia 13 tahun.

4. Memiliki 43 kaps bersama skuad kebangsaan sejak 2013.

5. Diangkat sebagai MVP (Most Valuable Player) ketika pasukan negara muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu.

6. Bapanya, Azizan Azmi merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan.

Sudahlah comel, hebat di gelanggang sukan pula. Memang terbaiklah, An Najwa! 

Sumber: CARI


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uXOQ7s
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2x5sJsV
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment