Penjagaan kebersihan dan kecantikan bukan sahaja dituntut dalam Islam malahan tidak kira apa anutan sekalipun lumrah manusia memang suka pada kebersihan. Bermula dari hujung rambut ke hujung kaki setiap inci badan akan dipastikan terjamin kebersihannya. Namun, ramai tidak menyangka ada satu masalah kebersihan dimiliki oleh setiap orang.
Masalah pernafasan berbau!
Pernafasan berbau paling ketara terutamanya pada setiap pagi. Tiada orang yang terkecuali walau sekerap mana dia mengosok gigi pun.
Punca Pernafasan Berbau Busuk
Faktor utama ialah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa makanan yang tidak dibersihkan sepenuhnya akan mula mereput dan menyebabkan nafas kita berbau. Masalah pada gusi seperti gusi bengkak atau terluka juga menjadi punca mulut berbau kerana bahagian tersebut dijangkiti kuman.
Begitupun, penurunan kandungan air liur di dalam mulut juga adalah antara penyebab nafas berbau. Disebabkan itu juga dinasihatkan, individu yang mengalami masalah nafas berbau perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum boleh diklasifikasikan sama ada ia hanya disebabkan penjagaan oral yang tidak betul atau merupakan satu penyakit berpunca daripada dalam badan.
“Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang penyakit mulut seperti tonsil, resdung, sakit tekak, selesema, demam, kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, kanser mulut, dan sebagainya, nafas berbau ini selalunya berpunca daripada penjagaan oral (mulut) yang tidak betul.
Tonsil Stone Punca Pernafasan Berbau Yang Ramai Tidak Sedari!
Ramai tidak menyedari masalah pernafasan berbau mereka adalah berpunca oleh TONSIL STONE. Ianya merupakan kumpulan dari sel lekosit/bakteria,sel mati, epitel dan sisa makanan yang terperangkap di celah lekukan tonsil.
Kehadiran tonsil stone selalu dialami oleh mereka yang berulang kali mengalami jangkitan pada tonsil. Tonsil stone boleh dihindari dengan memastikan rutin mengosok gigi yang betul. Tidak bermakna anda perlu kerap mengosok gigi tapi pastikan mengumur mulut selepas makan dan juga mengunyah chewing gum tanpa gula.
Tonsil stone ini boleh dihilangkan dengan penggunakan laser di hospital pakar. Tapi ianya boleh dilakukan dirumah dengan menggunakan putik kapas atau kerap berkumur dengan air garam.
Jadi selesaikan masalah pernafasan berbau dengan segera. Takde lah kawan-kawan atau ahli keluarga terpaksa menahan nafas semasa berborak dengan anda lagi..
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vsBSd2
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iuIias
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment