Thursday 24 August 2017

Bapa Miskin Ini Secara Tak Sengaja Calarkan BMW Dan Meninggalkan Nota : “Saya Tidak Bekerja Sekarang, Beberapa Bulan Lagi Saya Akan Membayar Balik Ganti Rugi”. Jawapan Pemilik Kereta Tersebut Benar-Benar Menyentuh Perasaan!..


Seorang lelaki yang miskin secara tidak sengaja mencalarkan kereta BMW yang diletakkan di pinggir jalan. Jadi beliau dengan jujur meninggalkan nota yang menyesali perbuatannya dengan harapan pemilik kereta tersebut akan memberi masa kepada beliau untuk membayar ganti rugi.

Tetapi beliau tidak pernah menyangka pemilik kereta tersebut akan tersentuh dengan keikhlasannya dan beliau diambil kerja oleh pemilik BMW tersebut.

Pada hari itu, Qinlong dan anak-anaknya bersiar-siar dan secara tiba-tiba Qinlong mencalarkan kereta BMW. Beliau tidak melarikan diri daripada perbuatannya yang salah.

Beliau menghantar anak-anaknya ke rumah dan pergi ke kedai untuk mendapatkan kertas dan pen untuk menulis nota. Beliau menulis nota permintaan maaf dan meletakkannya pada pengelap cermin kereta BMW itu.


Qinlong meminta maaf menerusi suratnya dan berkata bahawa beliau tidak bekerja ekoran perniagaannya gagal, malah keluarganya sedang menghadapi masalah ekonomi. Beliau hanya mempunyai 100 yuan.

“Saya secara tidak sengaja mencalarkan kereta anda dan saya mesti bertanggungjawab, jadi tolong terima 100 yuan saya terlebih dahulu dan tolong beri saya masa untuk membayar baki selebihnya. Sila beri saya waktu 2 atau 3 bulan untuk menyediakan baki ganti rugi. Saya memberi jaminan kepada anda bahawa saya tidak akan melarikan diri."

Pemilik BMW mengatakan bahawa setelah melihat nota, reaksi pertamanya adalah takut orang ini mungkin seseorang yang mempunyai niat yang tidak baik. Justeru, beliau meminjam telefon rakannya dan menelefon Qinlong, beliau berbohong mengatakan bahawa kereta tercalar itu adalah Benz.


Qinlong menjawab dengan jujur ​​mengatakan dia mencalarkan kereta tetapi ia BMW bukan Benz. Beliau berkata dengan cemas: “Adakah anda kawan pemilik berkenaan? Bolehkah anda membantu saya mencarinya? Saya perlu memberitahunya bahawa saya secara tidak sengaja mencalarkan keretanya dan saya bersedia bekerjasama.”

Pemilik BMW berasa selesa dan merasakan bahawa Qinlong bukanlah seorang lelaki yang jahat tetapi jujur ​​dan penuh tanggungjawab. Beliau menjemput Qinlong dan menjelaskan bahawa kos membaiki keretanya menelan sehingga 1900 yuan tetapi melihat Qinlong adalah seorang yang jujur, beliau memutuskan untuk tidak meminta Qinlong membayar ganti rugi tersebut.

Qinlong pula berkata: “Saya telah merosakkan kereta anda dan saya benar-benar perlu membayar ganti rugi. Saya tidak mahu menentang prinsip kehidupan saya.”


Selepas mendengar kata-kata beliau, pemilik BMW telah tersentuh.

Beliau kemudiannya memberitahu Qinlong: “Oleh kerana anda bersungguh untuk membayar balik ganti rugi kepada saya dan kebetulan saya kurang kakitangan, mengapa anda tidak datang ke syarikat saya dan bekerja? Saya benar-benar mengagumi kejujuran anda dan anda boleh membayar balik kerugian saya dengan bekerja untuk saya dan kita juga boleh menjadi kawan! “

Pemilik BMW juga berkata beliau akan bertemu dengan Qinlong dan beliau juga tidak kisah mengenai kos pembaikan kereta. Ia adalah kerana kejujuran Qinlong yang menyentuh perasaannya.

“Dalam masyarakat sekarang, orang-orang seperti anda sudah pupus dan jika anda boleh membantu saya dalam perniagaan saya, saya akan sangat dihormati,” kata pemilik BMW.

Kisah ini dipetik daripada internet namun ia cukup bermakna untuk memberi inspirasi dan pengajaran kepada kita. Kejujuran dan keikhlasan hati adalah penting di kalangan masyarakat.

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2v9pLpT
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2g7U1uS
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment