Tuesday, 29 August 2017

Terima Kasih Warga Twitter Dan YB KJ, Impian Thanabalan Bawa Ayah Ke Final #MalaysiaVsThailand Jadi Kenyataan


Impian penyerang sensasi negara, N. Thanabalan, untuk membawa bapanya menyaksikan pelawanan akhir antara Malaysia menentang Thailand hari ini mungkin menjadi kenyataan gara-gara Twitter.

Menerusi media sosial Twitter milik pengguna bernama @twt_bola, mereka menyarankan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menyediakan tempat istimewa buat bapa Thanabalan.


Tweet itu sehingga kini sudah diulang kicau (retweet) sebanyak 9,000 kali dan mendapat 6,579 likes.

Ternyata status yang dimuat naik oleh @twt_bola mendapat respon positif daripada Khairy Jamaluddin.

"Done. Uncle will be there." tulisnya.



Rata-rata netizen berharap agar impian Thanabalan akan terlaksana dengan pertolongan dan kemudahan yang dilakukan oleh Khairy untuk membawa bapanya ke stadium untuk menaikkan lagi semangatnya.

Menerusi sebuah laporan media sebelum ini, Thanabalan memberitahu kemungkinan besar teman wanita, ibu dan dua adiknya akan hadir pada perlawanan akhir Malaysia menentang juara bertahan Thailand di Stadium Shah Alam, hari ini.

"Cuma bapa saya yang tidak dapat hadir. Mungkin agak sukar untuknya kerana bapa saya lumpuh. Jadi bapa akan menonton di televisyen sahaja.

"Begitu juga rakan-rakan saya yang lain, kalau mereka dapat beli tiket, mesti mereka juga datang.

"Dan saya juga berharap semua peminat bola sepak negara datang memberi sokongan kepada kami. Ia amat penting," ujarnya.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vnyvsU
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wdOVmc
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment