Friday, 25 August 2017

Gara-Gara Memakai Inai, Lengan Kanak-Kanak Ini Menjadi Gelembung Air Dan Berparut Kekal..


Inai merupakan hiasan tangan sementara yang dilukis dan akan kekal untuk satu tempoh masa di atas kulit.

Walaubagaimanapun, lain pula yang terjadi pada kanak-kanak ini. Inai yang dilukis pada tangannya bertukar jadi parut kekal!

Madison Gulliver bersama keluarganya telah melawat Mesir. Dan semasa ingin kembali di hotel – tempat mereka menginap di sana, kanak-kanak ini telah mendapatkan satu tatu sementara yang dilukis daripada inai berwarna hitam.

Inai hitam yang dilukis atas tangan kanak-kanak malang ini. Foto ehsan: Metro UK

Inai sementara akhirnya jadi parut kekal!

Selepas pulang ke UK, Madison telah mengadu yang tempat lukisan henna tersebut jadi gatal-gatal.

Kemudian ia bertukar menjadi gelembung-gelembung air!


Madison dibawa ke unit kecemasan. Di sana, gelembung-gelembung air tersebut terpaksa dipotong hingga meninggalkan parut kekal.

Inai hitam (henna) bahaya untuk kanak-kanak

Inai hitam sebenarnya mengandungi paraphenylenediamine (PPD) iaitu sejenis bahan kimia dengan toksik yang tinggi.



Malah, PPD banyak terdapat dalam produk seperti pewarna rambut dan krim pelindung matahari walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

PPD kini dikenali sebagai masalah kesihatan awam kerana ia adalah bahan kimia yang mengakibatkan kesan alergi terutamanya kepada kanak-kanak.

Pihak salon yang telah membuat tatu inai tersebut mendakwa yang bukan inai mereka yang menyebabkan kesan tersebut tapi kulit kanak-kanak itu sendiri.

Ibu Madison rasa amat bersalah kerana tidak tahu akan kandungan bahan kimia terbabit. Tetapi dia juga merasakan yang salon tersebut bersalah kerana menggunakan bahan kimia yang berbahaya terutamanya pada kanak-kanak!


Gara-gara inai sementara, parut kekal ditinggalkan atas tangan kanak-kanak ini. Foto ehsan metro uk
Pengalaman ngeri di Mesir yang tak dapat dilupakan…

Dia juga berharap yang pihak agen perlancongan Mesir lebih prihatin. Orang ramai harus tahu tentang hal ini.


Letakkan mesej dalam risalah agar lebih ramai tahu.

Menurut Martin, ayah kepada Madison, dia, isteri dan anak-anaknya seronok di sana hinggalah minggu kedua.

Isterinya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana jangkitan pundi kencing. Walaupun semuanya kembali pulih, keluarga tersebut terpaksa menghabiskan masa selama dua hari di hospital.

Sebagai ganjaran kerana berkelakuan baik, Martin menghadiahkan anak-anaknya untuk membuat lukisan inai hitam (henna). 

Sebastian, anak sulungnya rasa gatal dan terus membasuh inai tersebut. 

Namun, selepas pulang ke UK, pada 25 Julai, kulit di bawah tatu sementara Madison mula menggelembung.

Bagaimana alergik terhadap inai ini terjadi?

Mereka mulai perasan tompok kecil di atas inai tersebut namun ia tak kemerahan. 

Keesokan harinya, keseluruhan lukisan inai tersebut mulai gatal dan selepas dicuci, kesan gatal-gatal penuh disepanjang lukisan tatu tersebut.

Kulitnya mula menggelembung jadi kami mula mencari infor di internet tentang inai hitam dan ketika itulah kami sedar tentang satu perkara yang membimbangkan.

Doktor telah memberikan krim steroid bagi mengubati kawasan tersebut. Namun kesan gelembung mulai muncul pada jari Madison. Ketika itulah Madison dikejarkan ke bahagian kecemasan.

Lima kali lawatan mereka ke Hospital St Mary di mana pelbagai krim dan ubatan diberi.

Akhirnya Madison dirujuk ke pakar lecur di Hospital Daerah Salisbury. Mereka mulai risau kerana tidak pernah melihat kesan seperti itu dan ia menjadi semakin teruk.

Doktor telah mengambil sampel cecair dari kesan menggelembung kulit Madison untuk diuji.

Dan mereka terkejut dengan bacaan pH yang terlalu tinggi! Ia menunjukan gelembung ini adalah kesan lecur akibat bahan kimia.

Parut akibat inai tersebut. Foto ehsan: Metro UK

Mereka mula membuang gelembung supaya dapat merawat kulit di bawah gelembung itu. Doktor terpaksa memotong kesan gelembung itu akibat terlalu tebal. 

Madison kini dirujuk kepada bahagian unit parut dan terpaksa memakai pembalut tekanan selama enam bulan bagi mengurangkan kesan parut.

Kini, Martin mahu semua tahu tentang bahaya inai hitam. 

Mereka telah menghantar emel kepada hotel penginapan mereka di Mesir. Namun, pihak hotel menyalahkan keadaan kulit Madison, bukan inai hitam terbabit.

Lalu, Martin menghantar pautan tentang bahaya inai hitam dan meminta mereka untuk berbicara dengan doktor mereka sendiri yang telah menjalani latihan di UK.

Keluarga ini tak mahukan pampasan, tapi hanya mahu menjaga Madison dan mengurangkan parut supaya dia tidak perlu membesar dengan parut seumur hidupnya. 

Pihak hotel di Hurghada meminta maaf dan tidak lagi menawarkan perkhidmatan inai sementara tersebut.

6 perkara tentang Paraphenylenediamine (PPD) yang ada dalam inai hitam:

PPD merupakan bahan kimia oksidatif yang banyak digunakan dalam bahan pewarna

Penggunaan PPD dikatakan untuk menaikkan warna dan ketahanan sesuatu inai hitam serta mempercepatkan kadar pengeringan inai tersebut

Ramai yang menganggap kesan PPD hanya sementara seperti warna inai tersebut. Namun sebenarnya tak!

Terdapat banyak kes melibatkan kanak-kanak telah dilaporkan termasuklah ekzema hinggalah ke parut kekal.

Di negara maju seperti Kanada, penggunaan PPD telah pun dihebahkan dan masyarakat diminta untuk elak menggunakan produk yang mengandungi PPD

Tatu sementara seumpama ini boleh memberi kesan kekal sama seperti pewarna rambut atau baju.

Siapa sangka benda yang kelihatan langsung tidak berbahaya boleh mendatangkan kesan seumpama ini.

Lebih baik berjaga-jaga daripada terpaksa menanggung akibatnya nanti, kan? Hati-hati ibu bapa semua di luar sana!

Sama-sama kita menjaga keselamatan diri, anak-anak dan keluarga, ya!

Sumber: The Asian Parent Malaysia / Metro UK, NCBI,


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vniXRz
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2waXCw1
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment