Tuesday, 29 August 2017

Ikat Surat Cinta Pada Kucing, Lelaki Ini Cuba Mengurat Jiran Sebelah


Alahai lucu betul cara orang sekarang nak mengurat. Sangat kreatif cara yang digunakan dengan mengikat surat cinta pada leher kucing milik si gadis yang ingin dipikat.

Kisah ini dikongsi oleh seorang pengguna laman Facebook bernama Cik Awie dengan berkongsi gambar serta kapsyen yang sungguh lucu.

Cik Awie menyatakan dia tidak tahu untuk menggambarkan apa yang sepatutnya dirasakan sama ada mahu ketawa atau marah dengan apa yang telah diterimanya.

“Aku tak tau laa nak gelak kaa, nak ngamuk kaa apa bila nampak ada benda kat leher kucen aku nih. Igtkan dia kena ikat ka apa. Alih2, ehhh. Ada surat sintee laa. Zaman dah moden. Org x guna merpati dah. Org guna kucen nohh. Kahkahkah.

“La nih jiran kiri ka kanan yg hantaq surat layang nih? Aku rasa student hat baru masuk sewa rumah sebelah ni. Hmmm. Fishyyy,” tulis statu perkongsiannya.


Mesti si penerima surat cinta ini terkejut dengan apa yang diterimanya dan tidak menyangka rupanya dalam diam ada yang memerhati dan meminatinya.

Jom kita tengok pula gambar bagaimana surat tersebut diikat di leher kucing tersebut dan apa isi kandungannya.



Bagi yang kurang jelas untuk membaca tulisan pada surat tersebut, ianya tertulis begini,

“Assalamualaikum saya nak cakap face to face segan, so macam ni la caranya. Saya nak berkenalan ja, kalau awak sudi saya nak mintak no.tel ja kalau tak keberatan tq. Reply this message after you recieve,” tulis isi surat tersebut.

Tersenyum sendiri bila membaca isi surat yang dikirimkan kepada tuan kucing tersebut. Semoga gerangan yang mahu berkenalan itu mendapat respon yang positif la daripada tuan kucing itu.

Sumber: Facebook Cik Awie Via MEDIA HIBURAN


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2weRfJW
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2vAvcuf
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment