Thursday, 31 August 2017

Foto Menakjubkan Masjid Di Turki Yang Diilhamkan Dari Ayat Al-quran


Anda mungkin tidak pernah melangkah lagi ke Masjid Hamidiye Camii yang sangat indah yang terletak di bandar Kırşehir, Turki.


Masjid ini telah menyebabkan ramai masyarakat setempat tertarik untuk melaksanakan solat lima waktu sehari di sini kerana siling uniknya yang dihiasi dengan langit yang indah, dan karpetnya yang kelihatan seperti rumput. Semua ini dipercayai telah diilhamkan oleh ayat di dalam Al-Qur’an.


Pada mulanya ia dibina pada tahun 1910 di bawah khalifah Uthmaniyyah di Yenice dan dinamakan sempena Khalifah Muslim yang hebat, Amir al-Mu’minin Sultan Abdülhamid II Khan.

Tetapi beberapa dekad yang lalu, masjid ini diabaikan dan dilihat seperti dalam keadaan yang buruk. Oleh itu, baru-baru ini ia dirobohkan dan digantikan dengan Masjid Hamidiye Camii yang baru dibina di atas tapak yang sama.

Motif-motif seni yang dapat dilihat di dalam masjid ini dilukis dan dicat oleh seorang arkitek bernama Azerbaijan, dan ia telah mendapat perhatian ramai sejak dibuka tahun lalu, menarik orang dari seluruh bandar untuk melihat keindahan dalamannya, dan untuk bersolat.


Seorang anggota jemaah berkata: “Seolah-olah saya merasa seperti sedang bersolat di taman-taman jannah (syurga).”

Imam masjid, Sefa Ekinci berkata: “Ketika saya ditugaskan di masjid ini sebagai imam, saya mula mengumpulkan banyak maklumat yang saya dapat tentang sejarahnya dan juga perkembangan yang telah dilakukan pada projek baru hingga kini. Orang yang terlibat dalam projek itu memberitahu saya bahawa mereka telah mendapat ilham dari ayat 22 dari Surah al-Baqarah dari Al-Quran yang berbunyi:

“Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). ”

Ekinci meneruskan: “Kami menyediakan asas masjid, kemudian kami memulakan lukisan dan membiarkan air jatuh dari langit, kami juga meletakkan air terjun di atas mihrab dan pokok-pokok dicat di antara setiap tingkap-tingkap di dinding. Kami benar-benar ingin cuba mendapatkan semangat ayat (al-Quran) ke dalam reka bentuk dalaman masjid. ”


Imam bersara, Yılmaz Akçakaya mengatakan bahawa saiz fizikal masjid Hamidiye sebelumnya yang ada pada tapak ini adalah agak kecil dan tidak sesuai dengan keperluan masyarakat di sana.

Katanya, ini kerana mereka mempunyai terlalu ramai jemaah dan tidak dapat menampung semua orang. Ramai orang menyumbang dari segi kewangan kepada projek ini, dan dia menghargai semua sumbangan daripada ahli masyarakat di sana.

“Semoga Allah gembira dengan mereka semua. Reka bentuk luar masjid kita menakjubkan, dan reka bentuk dalaman sama menakjubkan.

“Apabila saya masuk ke masjid, saya berasa sangat berbeza dan ketenangan dalaman mula dirasai saya. Kami dapat melakukan ibadat kami dengan ketenangan yang sempurna,” katanya

Sumber: Laicikang.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2emOPz5
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wr62PW
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment