Wednesday, 30 August 2017

Anak Sanggup Rogol Ibu Mengaku Tidak Tahan Lihat Ibu Terlalu Seksi Dirumah..

Gambar hiasan

Taiwan – Seorang remaja lelaki telah ditahan atas tuduhan merogol ibu kandunganya sendiri yang berusia 40 tahun itu di rumahnya.

Tindakkan lelaki tersebut yang di kenali sebagai Jiang berusia 19 tahun berasal dari Taiwan terbabit memaksa ibunya untuk melakukan hubungan seks dengannya adalah di anggap sebagai keterlaluan kerana dia sepatutnya lebih menyayangi serta menghormati ibu dan bukannya menjadikan pemuas nafsu.

Menurut laporan World Of Buzz, Jiang telah pun di tahan oleh pihak polis atas kesalahannya itu serta hasil risikan pihak polis telah mendapati bahawa Jiang sebenarnya terpaksa tinggal di rumah anak-anak yatim sejak kecil lagi oleh kerana ibu bapanya telah pun bercerai ketika dia masih lagi kecil.

Jiang terpaksa tinggal di situ berbelas tahun tanpa kasih sayang dari seorang ibu bapa sehinggalah umurnya mencecah 16 tahun dan berjaya mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidupnya.

Ketika itulah ibunya yang telah lama menghilangkan diri telah kembali mencarinya semula dan telah menyatakan hasrat untuk tinggal bersama dengannya kerana beliau tidak bekerja dan amat memerlukan sokongan perbelanjaan hariannya itu dari Jiang.

Demi ibu yang telah terpisah lama itu Jiang pun telah berpindah keluar dari rumah anak yatim terbabit untuk tinggal bersama ibunya di New Taipei City.

Oleh kerana ibunya tidak mempunyai pekerjaan maka dia terpaksa berhenti sekolah selepas lulus daripada peperiksaan sekolah menengah untuk mencari pekerjaan sepenuh masa bagi menampung kos sara hidup mereka.

Sebagai seorang remaja lelaki yang baru berusia 18 tahun serta sedang meningkat dewasa pasti memiliki nafsu serta tergoda dengan perwatakan ibunya itu yang masih kelihatan muda seperti baru mencecah usia 20-an terbabit walaupun sebenarnya telah pun berusia 40 tahun.

Selama ini Jiang hanya hidup bersendirian tanpa ibunya dalam tempoh jangka masa yang lama dan kerana itulah dia tidak dapat merasai sebarang ikatan kekeluargaan dengan ibunya serta menganggap tidak salah andai dia tertarik kepada ibunya sendiri.

Disebabkan perasaan tidak bersalah itulah dia telah memaksa ibunya itu untuk melakukan hubungan seksual dengannya sehinggalah ibunya itu sudah tidak tahan lagi dengan perbuatannya yang sering memaksa melakukan hubungan terkutuk terbabit.

Akhirnya ibu Jiang membuat keputusan untuk melaporkan perbuatan anaknya itu kepada pihak polis.

Ibu Jiang mendakwa bahawa dia telah dipaksa oleh Jiang sebanyak empat kali untuk melakukan hubungan seks dengannya malah dia juga turut mengugut untuk menghentikan semua perbelanjaan ibunya itu jika kehendaknya tidak dipatuhi.

Oleh kerana tahu bahawa dia tidak akan mampu melawan kehendak anaknya itu akhirnya ibu Jiang terpaksa melakukan hubungan terkutuk itu juga.

Selepas mengetahui bahawa ibunya itu telah membuat laporan polis ke atas Jiang telah pun melarikan diri terlebih dahulu sebelum berjaya di tahan oleh pihak polis.

Ketika di tahan, Jiang cuba untuk membela dirinya dengan mengatakan bahawa dia sebenarnya tidak bersalah tetapi dia telah menyalahkan ibunya sendiri.

Jiang telah mengatakan bahawa ibunya itulah yang bersalah kerana sering di lihat seperti sengaja untuk menggodanya dengan sentiasa berpakaian seksi di dalam rumah menyebabkan dia tidak dapat menahan gelodak nafsu yang membara dalam dirinya.

Walau bagaimanapun pihak polis akan terus menjalankan siasatan terhadap kedua-duanya kerana keterangan yang di berikan oleh kedua mereka amat berbeza dan kes ini di anggap amat luar biasa.

Kami berharap agar pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung kejadian ini.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gpCVIQ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xLKygc
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment