Friday, 25 August 2017

Gara-Gara Parkir Halang Laluan Masuk, Kereta Tersadai Di Atas Bumbung Pondok Pengawal


liaoning, China - Gara-gara enggan membayar caj parkir, sebuah firma pengurusan kediaman menggunakan cara tersendiri bagi mengajar pemandu dengan memindahkan kereta mereka di atas bumbung, tulis Sinar Harian.

Insiden itu berlaku bila mana seorang pemandu diminta memberhentikan keretanya oleh pengawal keselamatan untuk menuntut bayaran parkir di bangunan kediaman Benxi, wilayah Liaoning.

Bagaimanapun wanita itu enggan membayar caj berkenaan dan selepas berlaku pertingkaran, wanita itu terus meninggalkan kereta sedan miliknya, betul-betul di hadapan pondok pengawal.

Bagi memberikan pengajaran kepadanya, syarikat pengurusan memindahkan kereta wanita itu ke atas bumbung pondok pengawal dengan menggunakan kren, kerana ia menghalang kenderaan lain untuk keluar masuk ke kawasan kediaman itu.



Wanita terbabit kemudian membuat laporan polis dan wakil syarikat berkenaan dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu. Susulan perbincangan itu, kereta tersebut diturunkan semula.

Sama ada wanita itu telah membayar caj parkir atau sebaliknya, tidak diketahui, lapor South China Morning Post. 

Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wvDO97
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wG3lx4
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment