Perasan tak wanita berbadan besar atau chubby kebanyakkannya jenis yang ceria? Mereka ni seperti tiada masalah dalam hidup.
Menurut kajian, wanita berbadan besar kelihatan lebih ceria. Kaji selidik yang dilakukan oleh Littlewoods.com ke atas 2,000 orang wanita, sebanyak 74 peratus wanita berbadan gempal mengakui rasa bahagia dengan berat badan mereka.
Peratusan tersebut ternyata lebih tinggi daripada apa yang dirasai oleh wanita berbadan langsing, dimana hanya 47 peratus wanita langsing yang mengakui rasa bahagia dengan bentuk badan mereka.
Manakala, 52 peratus daripada wanita kurus mahukan bentuk badan lebih berisi kerana kelihatan lebih seksi.
Wanita berbadan besar juga sering mengamalkan konsep hidup tidak peduli dengan tohmahan orang lain tentang diri mereka.
Sumber: Hanasuva
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vcpeDU
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xinLt6
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment