Tuesday, 29 August 2017

Shuib Nasihat Siti Sarah Kurangkan Tunjuk Kemesraan Di Media Sosial


Pasangan selebriti, Shuib dan Siti Sarah antara pasangan yang sering mendapat perhatian daripada netizen kerana kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri ini.

Tidak dapat dinafikan gambar yang dikongsikan oleh Sarah di Instagramnya bersama suami begitu romantik sekali.

Namun ada sesetengah pihak yang menganggap kemesraan yang dikongsikan itu sedikit keterlaluan seperti mahu menunjuk.


Menurut sumber daripada Berita Harian, Shuib berkata dia mengakui bahawa isterinya memang pandai untuk merakamkan aksi romantik spontan mereka tanpa disedari dan berkongsi momen romantik mereka di media sosial.

Shuib berkata lagi, dia pernah menasihatkan isterinya agar tidak keterlaluan menunjuk kemesraan mereka kepada orang ramai.

“Saya tahu ada pihak kurang senang dengan kemesraan kami. Saya ada menegur Sarah untuk tidak memuat naik video atau gambar yang keterlaluan di media sosial.

“Sebenarnya, saya tidak tahu koleksi video yang tersimpan dalam telefon bimbit Sarah. Ini kerana apa yang dimuat naik sebelum ini pun saya tidak sedar dia merakamkan momen spontan itu,” katanya.


Shuib juga memberitahu bahawa kemesraan antara dia dan isterinya itu bukanlah dibuat-buat malah katanya itu adalah sikap mereka sejak dari dulu lagi dan keluarga juga kawan-kawan rapat sudah lali dengan sikap mereka ini.

Tidak salah rasanya untuk Sarah berkongsi momen indah dan romantiknya bersama suami di media sosial kerana mereka sudah halal bergelar suami dan isteri.

Sekurang-kurangnya apa yang dilakukan oleh Sarah itu boleh dijadikan contoh buat pasangan suami isteri lain untuk selalu menjadi romantik bersama pasangan walaupun usia perkahwinan sudah lama.

Sumber: MEDIA HIBURAN


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2x2nFIv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wRapHg
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment