Monday 21 August 2017

Akibat Tarik Hidung Murid, Cikgu Didakwa Di Mahkamah


Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun dengan menarik hidungnya menggunakan tangan, Rabu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Zaid Yob, 31, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.

Tertuduh yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di dalam kelas di sebuah sekolah, di Kuala Lumpur, pada jam 11 pagi, 16 Ogos lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabut kesalahan.

Mahkamah membenarkan bapa kepada tiga anak itu diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Sept untuk sebutan semula kes.


Sumber: Hanasuva


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vgJ8c4
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wgH9J6
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment