Saturday, 11 April 2020

Tukar Ayat PM Jadi Lagu Remix, Abang Rap Hanya Nak Bersenam Buang Lemak Di Rumah


Laman media sosial menjadi kecoh semalam setelah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘menegur’ individu kreatif yang mengubah ucapan beliau sebelum ini menjadi lagu rap.

Tidak lama selepas itu, pencipta asal muzik remix tersebut Azrin Anwar Yahaya menjadi perhatian netizen yang dihujani pelbagai komen di Facebook miliknya.


Menurut Azrin, karya itu dihasilkan Ahad lalu yang bertujuan untuk melakukan senaman ringan bagi membuang lemak setelah berminggu-minggu duduk di rumah.


“RMO Day 19: Hey gais, meh abang ajor senaman light-light dekat rumah kasi pecah lemak-lemak yang bertepu ni,” tulisnya dengan meletakkan tanda pagar ‘Cabaran Kesana Kesini’.

Video berdurasi 26 saat itu mendapat reaksi rakan-rakan yang mengusik dengan mengatakan beliau kini semakin popular selepas muzik remixnya menjadi sebutan Perdana Menteri.

Dengar cerita dah popular


Buat hal sampai PM pun sebut


Nak autograf ‘please’!


Adik aku dah popular!


Sumber : Azrin Anwar Yahaya via https://ohmymedia.cc/


from Sehinggit Media https://ift.tt/2yL8RR9
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3edngWH
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment