Friday, 10 April 2020

Tidak Boleh Terawih Di Masjid & Kunjungi Bazar Ramadan Seperti Dulu – PM


Susulan daripada perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan ramai yang kecewa tetapi ini merupakan satu langkah untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

Bulan Ramadan tidak lama lagi, mesti ada yang merindui suasana bazar Ramadan dan ibadah terawih di masjid. Itulah yang dialami untuk semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Petikan Perutusan Khas Perdana Menteri:


Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk berterawih. Jadi berterawih lah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa.  

Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi. 

Keadaan di negara kita insyaAllah akan kembali pulih dengan langkah langkah yang sedang diambil, kita mesti ingat bahawa bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan wabak ini. Seluruh dunia terkesan termasuklah negara-negara jiran kita. 

Sumber: Teks Perutusan Khas,yab Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin  Bin Haji Mohd Yassin


from Sehinggit Media https://ift.tt/39YNyJ1
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2JVzRzS
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment