Monday 20 April 2020

Tiada Kematian Akibat Covid-19. Hanya 36 Kes Hari Ini, Angka Paling Rendah Pernah Dicatat


TIADA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 89 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19 hari ini, beliau berkata, sebanyak 36 kes dilaporkan dan terendah setakat ini (sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan), mencatatkan 5,425 kes keseluruhan dalam negara.


Katanya, daripada jumlah itu, seramai 45 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 28 pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 98 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 3,295 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 60.74 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 2,041 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/34QcvoK
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cv09Fl
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment