Friday 17 April 2020

Tamatkan PKP? Ini Antara Faktor Penting Yang KKM Perlu Lihat


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti terlebih dahulu beberapa faktor penting sebelum membuat keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selari dengan syarat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, beberapa faktor itu adalah penting untuk menjadi indikator strategi keluar sebelum menamatkan PKP yang mula dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

“Jadi apa yang penting, sebelum kita melihat kepada penamatan PKP, kita mesti ada ‘exit strategy’ dan antara indikator ialah pengurangan kes yang masih dirawat kebolehjangkjitan kes.

“Sekarang ini, kita ada 2,198 kes tetapi sekiranya kes ini berkurangan, maksudnya kita ada pengurangan kes jangkitan di komuniti iaitu daripada satu individu kepada seorang lagi individu,


“Daripada bulan Januari itu kita melihat kepada kes-kes jangkitan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di dalam komuniti.

“Apabila kes sekarang ini kita ada 114 kes dan kalau lihat dalam saringan kita, ataupun pemantauan kita kes-kes sehari semakin berkurangan, jadi itu mungkin salah satu indikasi yang lain untuk kita menasihatkan kepada Majlis Keselamatan Negara bagi menamatkan PKP." jelasnya.

Menurut beliau lagi, indikator yang paling penting adalah keupayaan makmal kesihatan sama ada makmal dapat kesan kes dengan cepat dan tepat.

“Seterusnya ialah keupayaan hospital kita supaya kita dapat menampung jumlah pesakit. Kalau ada pesakit datang ke hospital, kita dapat memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit kita.

“Setakat ini kes yang dimasukkan ke hopital dan walaupun bergejala ringan, kita masukkan mereka kepada hospital dan pantau.

“Dan jika mereka yang ada gejala lebih atau mempunyai masalah radang paru-paru kita akan beri rawatan terbaik kepada mereka.

“Buat masa ini, yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga kurang iaitu hanya 4.9 peratus. Jadi, apa yang penting ialah kita beri rawatan terbaik kepada pesakit kita,” kata Dr Noor Hisham lagi.

Sumber: Astro Awani / Sinar Harian via https://era.je/


from Sehinggit Media https://ift.tt/2VHK6Nw
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34Ri5az
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment