Kerajaan telah memberi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada rakyat yang layak bagi meringankan beban ketika krisis COVID-19 ini.
Fasa pertama pembayaran BPN telah dikreditkan bermula 6 April lalu dan bakal diteruskan hingga 15 April ini bagi golongan yang memenuhi kriteria kelayakan.
Namun, kadangkala kesilapan teknikal berlaku juga. Seorang pengguna Facebook, Rinizan Razali berkongsi menerima bantuan berkenaan namun berpendapat dirinya tidak layak menerima bantuan tersebut.
Tidak mahu mengambil hak orang lain, Rinizan mengembalikan wang tersebut kepada Kementerian Kewangan melalui Akauntan Negara.
Selamat tinggal BPN..
Haha, walaupun saya pun taklah banyak mana pun duit, tapi bila BPN tersalah masuk, maka pulangkan ke tempat asalnya. Rata-rata B20 ada yang masih tak dapat.
Maka bagi yang tersalah terima, pulangkanlah ia. Kesian kat Makcik Bedah, Pak Leh Lemang, Kiai Dolah, Kak Joyah dan sebagainya di kampung-kampung.
Beliau turut berkongsi cara pemulangan wang tersebut.
Kaedah nak pulangkan:
- Bank draf atas nama Akauntan Negara Malaysia
- Surat iringan alasan pengembalian
- Pos ke Pejabat Belanjawan Negara
Jangan marah LHDN, ralat sistem normal la. Benda kalut kadang-kadang ada kesilapan. Jadi, bantu mereka sama.
Menurut Rinizan, sistem menganggapnya layak menerima sumbangan itu berdasarkan penyata pada tahun 2018.
Sistem online ni, hebat mana pun akan ada silap. Jadi bagi bantuan BPN ni, disebabkan saya tengah buat pembetulan penyata tahun 2018, maka sistem anggap saya golongan layak.
Jadi percumalah dapat BPN. Maka dalam konteks ni kena realistik:-
Kalau diamkan siapalah yang tahu kan? Tapi, Allah Maha Mengetahui
Adakah kita gembira pada saat ada orang mungkin penerima sebetulnya sedang berkelaparan? Kalau ya, kan menzalimi hak org tu!
Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak, pulangkanlah bantuan tersebut untuk LHDN agihkan semula kepada yang berhak.
“Sekecil zarah tetap akan dinilai Allah,” pesannya.
Sumber: Rinizan Razali via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media https://ift.tt/2yDz3Nx
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2RmQjxe
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment