Umum sedia tahu bahawa KDYMM Baginda Agong serta seluruh keluarga baginda kini menjalani kuarantin didalam istana berikutan terdapat 9 kes petugas istana yang positif Covid-19 tempoh hari.
Jadi, hanya keluarga KDYMM Agong serta tiga orang pembantu sahaja yang berada di dalam istana ketika ini. Masing-masing hanya duduk didalam bilik dan tidak keluar bertemu sesiapa.
Tetap buat sarapan untuk baginda Agong
Walau bagaimanapun, KDYMM Permaisuri Agong, Tunku Azizah kerap memuat naik aktiviti baginda semasa dikuarantin. Hari ini baginda memaklumkan tetap membuat sarapan pagi buat baginda Agong.
Tanggungjawab kepada suami harus didahulukan
Menurut baginda lagi, ketika membuat sarapan pagi ringkas untuk baginda Agong, sarung tangan dan topeng penutup muka tidak pernah diabaikan.
Tambahnya, sebagai seorang isteri, tidak kira bangsa, agama ataupun kedudukan, tanggungjawab kepada suami haruslah dilaksanakan. Jadi, menyediakan makanan buat pasangan adalah satu yang menyeronokkan buat dirinya.
Inspirasi buat semua
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram baginda. Mereka telah bersetuju dengan apa yang diperkatakan baginda.
Mereka juga begitu senang melihat baginda Permaisuri begitu tenang menjalani kuarantin di istana dengan aktiviti yang bermanfaat.
Sumber : Air tanganTunku Azizah via https://ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/2R8AbiI
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2UXFpz0
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment