Thursday 2 April 2020

Seramai 122 Pesakit Covid-19 Telah Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini


KUALA LUMPUR: Sebanyak 122 kes COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah.

Katanya, dengan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 767 kes atau 24.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga jam 12 tengah hari, terdapat 208 kes baharu yang dilaporkan.

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,116 kes,” katanya dalam sidang akhbar harian COVID-19 di Putrajaya hari ini.


Manakala, pesakit di ICU adalah sebanyak 105 orang dan 54 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian pada hari ini adalah sebanyak 5 orang.

Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini 50 orang atau bersamaan 1.6% daripada jumlah keseluruhan kes.



from Sehinggit Media https://ift.tt/2R5zyq1
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2wVFJpU
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment