Sunday 12 April 2020

Seorang Diri Angkut Bungkusan, Abang Posmen Parah Kemalangan Ketika Bertugas


Sejak tempoh PKP dilaksanakan, golongan yang bekerja dalam bidang perkhidmatan khususnya seperti posmen, masih lagi meneruskan tugas seperti biasa.

Bagaimana pun, malang buat seorang posmen ini apabila dia telah terlibat dalam kemalangan ketika sedang menjalankan tugasnya mengambil dan menghantar barang pelanggan.

Abang posmen kemalangan


Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook, seorang wanita dengan nama akaun PS Cahaya, memberitahu bahawa posmen yang bernama Faizal Akmal Bin Mohd Radzi terlibat kemalangan di kawasan U8 Shah Alam, Jumaat lalu.


Kini, mangsa sedang dirawat di ICU Hospital Klang dan masih menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 sebelum boleh dibawa menjalani pembedahan.

Berlambak2 dia angkat barang sorang2

Menurut perkongsian adik ipar pula, sebelum kemalangan berlaku mangsa dikatakan bekerja seorang diri mengangkut bungkusan yang banyak untuk dihantar kepada pelanggan.


Anak2 masih kecil lagi

Difahamkan, mangsa mempunyai seorang isteri yang hanya seorang suri rumah dan tiga orang anak yang masih kecil lingkungan usia 8 tahun hingga 9 bulan.

Justeru, kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh mendapatkan maklumat yang tertera di bawah atau di status Facebook yang dikongsikan;

NOR AINI BINTI ZAKIR HUSSIN (Isteri)

MAYBANK – 158118160832

CIMB – 7606181105

Sumber : Nor Ain Meirose & PS Cahaya via https://ohmymedia.cc/


from Sehinggit Media https://ift.tt/2JYKy4P
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Xs5Kbf
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment