Thursday 16 April 2020

Seakan Orang Tua, Wanita Terkejut Wajah Berkedut & Membengkak Semasa Hamil


Umum sedia maklum bahawa mereka yang sudah bergelar isteri pastinya ingin merasai kehamilan. Namun, ketika adanya zuriat di dalam rahim wanita, sudah tentu pelbagai dugaan sepanjang proses kehamilan itu harus dihadapi.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nor Shahira II, dia telah menceritakan ujian yang ditempuh semasa mengandungkan anak ketiganya.

Wajah membengkak & berkedut semasa hamil

Menurut wanita itu, wajahnya yang normal tiba-tiba menjadi bengkak serta berkedut tanpa diketahui apa punca sebenar. Ia sedikit sebanyak amat menakutkannya kerana belum pernah mengalami keadaan seperti itu.




Kembali pulih lepas bersalin

Nor Shahira mengakui dirinya berasa begitu tertekan dengan keadaan itu yang bermula sejak dia hamil tiga bulan.  Hal ini kerana wajahnya yang normal bertukar seakan wajah orang tua.


Namun begitu, setelah anak ketiganya dilahirkan, wajahnya  yang membengkak sedikit demi sedikit kembali surut. Kulitnya juga kembali cerah secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang produk.



Suami sentias beri sokongan

Dalam pada itu, wanita tersebut turut berterima kasih kepada suaminya yang tidak pernah sekali pun culas mengatakan dirinya cantik walaupun dia menyedari keadaan adalah sebaliknya demi menjaga perasaan isteri yang tertekan dengan wajah sebegitu.

Janji kedua-duanya selamat

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa terkejut dengan kondisi Nor Shahira. Walau bagaimanapun, mereka berasa syukur kerana wajah wanita itu kembali pulih seperti sedia kala dan tidak lagi membengkak seperti waktu kehamilan tempoh hari.





Sumber: Nor Shahira II via https://ohmymedia.cc/


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XOI4hz
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34KMnvr
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment