Sunday 12 April 2020

Sarat 8 Bulan, Ardell Aryana Borong Barang Derma Orang Susah


Usia kandungan kini mencecah lapan bulan, pasti Ardell Aryana dan suaminya, Nadzmi Adhwa tidak sabar untuk menimang cahaya mata sulung mereka. Berkongsikan keadaan terkini, kandungan Ardell berada dalam keadaan baik-baik sahaja.



View this post on Instagram

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Meskipun sedang sarat hamil, Ardell tetap turun padang melakukan misi bantuan kepada golongan yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Nadzmi turut berkongsikan video mereka membeli barangan untuk didermakan kepada yang memerlukan.


Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar kandungan pelakon itu baik-baik sahaja serta dipermudahkan urusan untuk bersalin tidak lama lagi. Malah, ramai yang turut mendoakan agar pasangan itu sentiasa dimurahkan rezeki.


Dalam pada itu, ramai yang tidak sabar untuk menunggu kelahiran anak pasangan tersebut dan tertanya-tanya jantina bayi mereka. Tidak kurang juga ada yang mengatakan pasti anak mereka comel kerana ibu bapanya segak dan cantik.

Sumber: Rotikaya.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/34CybVp
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2V0Xiy2
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment