Wednesday 15 April 2020

Sajat Seakan Bangga Pondan Tak Kena COVID-19, Ustaz Nasihat Segera Bertaubat


Setelah tularnya video usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman, memberitahu dengan bangga masih belum ada lagi golongan transgender dijangkiti Covid-19.

Seorang pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin telah memberi maklum balas terhadap video tersebut, dengan menasihati agar usahawan tersebut segera bertaubat.

Jangan menjemput kemurkaan Allah

Menurut Ustaz Ahmad Husam, tindakannya menyampaikan nasihat berbentuk video itu adalah untuk dijadikan iktibar buat golongan transgender yang masih belum kembali kepada fitrah asalnya.


“Saya nasihatkan supaya jangan cuba-cuba mencari atau menjemput kemurkaan Allah SWT kepada kamu…”


Beliau berkata, laknat Allah ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipersendakan, dan sebaiknya berdoa apabila kita ditimpa ujian yang seperti ini.

“Kamu ingat murka Allah, laknat Allah ini satu benda untuk dipermainkan ke? Sebenarnya, kita dianjurkan oleh agama supaya berdoa pada Allah, dijauhkan dari murka Allah, laknat Allah…”

“Tak pernah lagi pondan kena Corona, betul tak…”

Menerusi video asal Nur Sajat, dia sebenarnya mahu menggalakan orang ramai menurut arahan untuk duduk rumah, namun apa yang mengundang reaksi ramai adalah apabila dia menyatakan golongan transgender belum lagi dijangkiti Covid-19.

“Tak pernah lagi pondan kena Corona, betul tak? Cuba awak tengok, ada tak pondan kena Corona. Tak ada lagi, mana ada…”


Disebabkan kata-katanya itu, ramai mula berasa kurang senang seolah-olah di berbangga golongannya terselamat daripada wabak penyakit itu.

Bagaimanapun, Sajat ketika dihubungi pihak media telah pun meminta maaf di atas kenyataannya di dalam video yang viral tersebut dan tidak bermaksud untuk



from Sehinggit Media https://ift.tt/2RU7AOH
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VvNr25
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment