Wednesday 1 April 2020

Remaja China Yang Belajar Di UK Bawa 'Pulang' Covid-19 Ke Wuhan


Seorang remaja lelaki dari China yang sedang belajar di United Kingdom (UK) menjadi orang pertama yang membawa ‘pulang’ semula Covid-19 ke Wuhan, kawasan yang pernah menjadi pusat penyebaran wabak tersebut.

Difahamkan, pada minggu lalu bandaraya tersebut telah mengisytiharkan bahawa mereka telah menghapus sebahagian besar wabak berkenaan selepas mencatatkan hanya satu jangkitan baharu dalam tempoh 10 hari.

Menurut laporan daripada Pegawai Kesihatan Wuhan, remaja berusia 16 tahun itu dikenalpasti sebagai ‘kes import’ pertama di bandaraya tersebut.


Remaja itu yang dikenali dengan nama Zhou, didakwa tidak menunjukan sebarang gejala ketika dijangkiti.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa Zhou telah melakukan perjalanan ke Wuhan dari Newcastle melalui Dubai dan Beijing.

China setakat ini telah merekodkan 691 kes import Covid-19, manakala UK disebut sebagai ‘pesalah’ kerana ‘menghantar’ kes ke China.


Statistik rasmi menunjukkan bahawa lebih daripada satu pertiga daripada kes yang diimport di Beijing, ibu negara China dikesan dalam kalangan mereka yang tiba dari Britain, diikuti oleh Sepanyol dan Itali.

Menurut rekod, lebih daripada 1,800 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 dan lebih 25,000 orang telah dijangkiti wabak ini di UK.

Pegawai di Hubei telah mengenalpasti 982 kes yang tidak menunjukkan sebarang gejala sekaligus boleh menyebarkan virus tanpa disedari.

Mereka yang diangkiti tanpa gejala ini sedang berada di bawah pemerhatian pihak perubatan, kata pihak berkuasa.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan, Zhou tinggal di daerah Caidian, Wuhan, dan kini belajar di UK.

Dia dikatakan telah menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Newcastle pada 21 Mac lalu dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada hari berikut selepas berhenti di Dubai.


Selepas melepasi pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang, dia dibawa ke sebuah bilik untuk melalui pemerhatian pihak perubatan.

Kemudian, perjalanan pulang ke kampung halamannya diuruskan dari Beijing pada 23 Mac dengan menaiki keretapi berkelajuan tinggi dan dia dimasukkan untuk kuarantin di pusat isolasi.

Pihak berkuasa berkata, Zhou tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dijangkiti tetapi hasil ujian asid nukleik yang dijalankan ke atasnya mendapati dia positif jangkitan pada 28 Mac lalu.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Pulmonary Wuhan.

Zhou adalah satu-satunya jangkitan baharu yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan pada Rabu.

Pihak berkuasa juga melaporkan terdapat lima kematian baharu dan 173 kes jangkitan yang telah sembuh dan pulih.

Di seluruh dunia, wabak ini telah membunuh lebih daripada 42,300 orang dan mereka yang dijangkiti kini mencecah 860,000 kes.

Sumber: Daily Mail via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bBhFr4
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2JAxUsc
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment