Sunday 19 April 2020

Remaja 14 Tahun Antara Ditahan Langgar PKP, Solat Berjemaah Di Surau


PELAJAR berusia 14 tahun antara tujuh yang ditahan pihak berkuasa berikutan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelmarin.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Bagan Serai, Mokhlis Husain berkata, semua jemaah ditahan jam 9.15 malam selepas selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di sebuah surau di Parit Husain, Bagan Serai.

Menurutnya, seramai tujuh anggota Pejabat Agama Daerah (PAD) dan anggota polis bertindak ke surau berkenaan selepas mendapat maklumat orang awam.

“Sewaktu anggota tiba, mereka sedang menunaikan solat Isyak dan anggota bertindak menahan mereka selepas selesai solat.


“Tiada jemaah yang melarikan diri dan mereka majoritinya tahu mengenai larangan solat berjemaah yang tidak boleh melebihi tiga orang iaitu imam, bilal dan seorang makmum.

“Semua yang ditahan berusia antara 14 hingga 64 tahun,” katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, mereka diserahkan kepada polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, satu sidang media akan dibuat pada Isnin ini berhubung keseluruhan tangkapan ingkar PKP di Kerian.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XPaZSq
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XOFcB8
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment