Hari ini satu berita mendukacitakan diterima apabila dimaklumkan, panel Tazkirah Malam Jumaat iaitu seorang ilmuan yang aktif dalam dunia dakwah, Ustazah Shadiya Abbas dimaklumkan meninggal dunia.
Perkhabaran sedih itu didapati menerusi perkongsian di Facebook suami arwah. Difahamkan, Ustazah Shadiya Abbas mengadu sesak nafas dan disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 pagi.
Mengadu sesak nafas
Arwah Shadiya sering kali dijempul sebagai penceramah untuk forum agama di TV1, TV9, Hijrah dan Astro Oasis. Arwah meninggalkan suami dan dua orang anaknya.
Sempat kongsi ilmu agama
Dakwah hingga akhir hayat, menerusi posting terakhir di Facebook Ustazah Shadiya, arwah sempat menulis entri dakwah dengan tajuk ‘JANGAN MENGHINA, JIKA SAYANGKAN ALLAH’.
Berita menyedihkan itu nyata mengejutkan ramai pihak, di dalam Facebook beberapa penceramah terkenal dan personaliti TV, antaranya Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Proft Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff dan Fedtri Yahya.
Semoga rohnya dicucuri Rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan solehah. Salam takziah diucapkan dan berharap agar keluarga arwah diberik ketabahan menghadapi kehilangan ini.
Sumber : Proft Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff via https://ohmymedia.cc/
from Sehinggit Media https://ift.tt/2UJmEAv
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2yuOsja
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment