Thursday 16 April 2020

Pekerja Syarikat Yang Dibenar Beroperasi Waktu PKP, Wajib Jalani Saringan Covid-19 – MITI


Mana-mana syarikat yang dibenarkan beroperasi dan meminta pekerja untuk bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diwajibkan menjalani saringan Covid-19. (Rujuk minit 6:30)

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam satu sidang media sebentar tadi.

”Sebagai langkah keselamatan untuk menjamin semua pekerja syarikat-syarikat yang dibenarkan beroperasi adalah bebas dari Covid-19, MITI akan bekerjsama dengan Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), di mana pekerja-pekerja diwajibkan menjalani saringan Covid-19,” kata beliau.

Oleh itu, majikan yang memohon untuk beroperasi perlu memastikan pekerja-pekerja menjalani saringan tersebut di lebih 3,000 klinik panel PERKESO di seluruh negara mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.


Tambah Azmin, PERKESO juga bersetuju membiayai kos saringan kepada pekerja yang diperlukan oleh syarikat untuk berkhidmat sepanjang PKP.

Sebelum itu, MITI telah memberi kebenaran beroperasi kepada beberapa sektor tambahan bagi melindungi ekonomi negara pasca COVID-19.

Kebenaran beroperasi ini tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM dan garis panduan oleh lain-lain agensi penguatkuasaan selain wajib mematuhi syarat-syarat Standart Operating Procedure (SOP) bagi sektor masing-masing.

Kegagalan syarikat mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan, akan menyebabkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta dan berhadapan dengan tindakan udnnag-undang mengikut Akta semasa.


Sumber: Bernama TV via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/34HR61i
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2xx7sgM
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment