PUTRAJAYA: Hospital di negara ini tidak mampu untuk menampung jumlah pesakit COVID-19 jika berlaku pertambahan kes secara mendadak.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, penularan kes dapat dikawal dengan jumlah kes positif hanya pada kadar 7.9 peratus.
“Jika dilihat, data kita masih mendatar. Jika kes mencapai 2,500 sehari, hospital kita sama ada kerajaan atau swasta tidak mampu (menampung pesakit) lebih-lebih lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Setakat ini, melalui dasar kita melaksanakan PKP, kita sudah menyekat penularan tempatan dan memastikan mereka yang pulang dari luar negara dikuarantin, selain pelancong dari luar negara disekat masuk.
“Disebabkan itu, kemasukan (kes) dan penularan tiada, jadi kita harap dapat meningkatkan pengesanan kes dan mengurangkan jangkitan dalam kalangan masyarakat kita,” katanya pada sidang media berkaitan COVID-19 di sini, hari ini.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, seramai 4,488 warga Malaysia yang pulang dari luar negara sedang menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang diwartakan kerajaan sejak 3 April lalu.
Katanya, mereka disaring sebaik tiba di tanah air dan daripada jumlah itu, 15 kes yang dikesan mempunyai gejala.
“Kita asingkan mereka bagi menjalankan ujian COVID-19 dan kalau positif, kita akan masukkan mereka ke hospital untuk pemantauan dan rawatan,” katanya.
Sumber: BH Online
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2x44AYG
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34cme8E
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment