Saturday, 18 April 2020

Masih Ramai Rakyat Malaysia Keras Kepala, Selamba Ajak Anak Bini Keluar Shopping


“Bang…nak sos A ke nak sos B?”

WOW….

Aku perhati je pasangan depan aku ni masa berbaris nak timbang ayam. Si isteri kehulu kehilir cari barang lepas tu datang kat suami yang sedang berbaris tunggu giliran timbang barang kemudian disuruh buat pilihan.

Aku di belakang sedang menonton sinetron ‘Suami Isteri Belanja Barang Dapur Berdua-duaan Di Musim PKP’. Sedap tajuk sinetron tu kan?

Oiii Senah….penuh post di FB suruh Stay At Home, penuh juga di FB kerajaan suruh seorang sahaja keluar untuk urusan penting, penuh juga di FB orang post bahaya nya Covid-19. Kau nak cakap kau takdak FB? Atau kau nak cakap kau kategori buta huruf?

Ni bukan masa nak pilih sos A atau sos B. Kau datang membeli pun masih suruh suami yang pilih. Baik kau duduk ja di rumah, biar suami kau datang dan memilih sos apa dia nak. Jadilah isteri yang bijak Senah oiiiiii…..

Berlambak kan suami isteri yang keluar berbelanja. Ada yang siap pakej bawa anak! Aku pernah jumpa juga isteri yang mengandung keluar beli barang ditemani suami. Ewah ewah….romantik sungguh kau bang! Bawa bini keluar untuk dihadiahkan dengan virus. Hebat suami begini. Sayang isteri sampai tak sedar menyorong keranda untuk diduduki.


Kenapa tak tegur depan-depan je? Kalau tegur boleh bergaduh….kalau tegur, bergaduh…lagi lama aku kat situ. Tujuan aku adalah beli barang dan segera pulang. Itu amanah suami aku kalau dia lantik aku jadi Ketua Rumah Interim bila ada perkara yang tak dapat di elak.

Kalau ikut hati memang aku nak guna siaraya pasaraya tu. Bagi tazkirah kat pasangan romantik yang sedang membeli belah. Aku nak cakap virus ni kalau tengok melalui mikroskop di makmal Sains masa kau Tingkatan 5 pun belum tentu boleh nampak. Sebab apa? sebab dia halus sangat…benda halus ni nak tembus melalui udara senang sangat wei!

Kalau jumpa pasangan-pasangan romatik ni tuan-tuan dan puan-puan, kau pura-pura batuk…tapi pastikan pakai mask tau! Aku dah try, laju ja dia berjalan pegi kaunter membayar…baru kau tahu takut! hahahaha…..

Aku rasa musim begini elok pihak DBKK minta makcik yang jaga parking, yang selalu saman orang on-time bila kad parking dah tamat tempoh tu dihantar ke pasaraya. Bawa mesin yang selalu guna untuk print saman tu. Biar dia meronda sambil pakai uniform. Jumpa je pasangan masuk berbelanja, terus kau print saman. Tak guna cakap banyak… ajar guna undang-undang je bagus sekarang ni.

Aku harap kau, kau dan kau bukan kategori terkutuk ikut suami pegi berbelanja di pasaraya. Aku malu nak mengaku kawan kalau kau spesies macam ni. Banyak lagi cara lain kau boleh buat untuk tambat hati suami kau musim PKP ni selain ikut dia pergi membeli barang di pasaraya. Takde istilah bosan kalau kau isteri dan ibu yang kreatif!

Sumber: Raihan Hashim via cempedakcheese.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3crKRBe
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bkvLxh
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment