Wednesday 1 April 2020

Kubur Pesakit Covid-19 Terpaksa Digali Semula Gara-Gara Kena Halau Oleh Penduduk Kampung


PENDUDUK salah sebuah kampung di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia menolak jenazah positif Covid-19 untuk dikebumikan di kawasan itu.

Dipetik laporan Tribunnews, Dato Bandar Banyumas, Achmad Husein, turun untuk menolong memindahkan jenazah tersebut ke lokasi lain selepas penduduk bertegas enggan membenarkannya dikebumikan di kampung mereka.

"Saya sebenarnya mahu menunjukkan bahawa mayat pesakit positif Covid-19 selepas kematian tidak berbahaya.


"Dalam masa yang akan datang, kita akan terus war-warkan supaya komuniti tahu dengan tepat bahawa hal itu tidak ada masalah dan tidak berbahaya.

"Apabila virus itu berada di dalam badan jenazah dan berada di dalam tanah, ia akan mati dengan serta-merta," katanya.

Kubur pesakit itu terpaksa digali kerana mendapat bantahan daripada masyarakat setempat dan kampung-kampung sekitar.

Penduduk kampung itu bimbang apabila pengebumian dilakukan di kawasan tersebut akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk sekitar.

Pesakit itu dilaporkan meninggal dunia di hospital Margono Soekarjo Purwokerto pada Selasa selepas dirawat di ruang pengasingan. 

Sumber: Tribunnews via Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2X1jKZh
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/39E5gRE
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment