Saturday 11 April 2020

KKM Nasihatkan Semua Industri Tangguhkan Operasi, Termasuk Kedai Gunting Rambut


Dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi, Dr Noor Hisham telah menasihatkan semua industri menangguhkan terlebih dahulu operasi termasuk kedai gunting rambut dalam tempoh seminggu ini sehingga data-data menunjukkan kita berada dalam pemulihan.

Memandangkan keadaan semasa di negara kita belum pulih sepenuhnya lagi. Sebagai langkah pencegahan, beliau menasihatkan untuk semua sektor industri untuk menangguhkan dahulu operasi. (Rujuk video ke minit 32:00)


Jika kita lihat pada isu tersebut, yang penting adalah untuk mengurangkan kebolehjangkitan pada kalangan komuniti. Kalau kita boleh mengurangkan kuantiti jangkitan dan kalau semua bekerjasama untuk patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin kita boleh kurangkan lanjutan dalam Covid-19 ini. 

Dan apabila Covid-19 telah kurang dalam komuniti, barulah kita boleh buat bagaimana kepastian atas nasihat KKM untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.


Sumber: KKM via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2VnaJHk
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3c3McOm
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment