Friday, 10 April 2020

Kita Mungkin Tidak Dapat Melancong Seperti Biasa Sehingga Tahun 2023


Memang tak dapat dinafikan bahawa antara salah satu industri yang paling terkesan akibat pandemik COVID-19 adalah industri pelancongan.

Jika lapangan terbang merupakan antara salah satu tempat paling sibuk di mana setiap saat ia dipenuhi dengan orang ramai, namun kini ia lengang.

Oleh kerana kita tidak tahu bilakah virus ini akan reda, kita harus membuat anggaran. Dan dalam kes ini, kita menggangap bahawa pendemik COVID-19 secara umumnya mungkin akan diisytiharkan sebagai terkawal menjelang penghujun tahun 2020.

6 hingga 9 bulan 

Untuk tempoh 6 hingga 9 bulan pertama selepas COVID-19 reda, ARG meramalkan bahawa kumpulan yang dilabelkan sebagai "tiptoe traveller" adalah yang pertama mula meneroka semula dunia.

Walaupun kumpulan ini juga akan disertai oleh mereka yang berjalan atas urusan perniagaan, namun dijangkakan bahawa ia lebih melibatkan perjalanan peribadi dan juga percutian.


ARG mencadangkan bahawa kumpulan pertama yang akan melakukan perjalanan melalui penerbangan adalah mereka yang "lebih berpendidikan" dan terdiri daripada kumpulan berpendapatan tinggi.

Mereka ini boleh dirujuk sebagai "pelarian demam kabin".

Kumpulan ini akan lebih tertumpu kepada perjalanan domestik tetapi juga diramalkan terlibat dalam perjalanan antarabangsa jarak jauh.

8 hingga 16 bulan

Sepanjang 8 hingga 16 bulan selepas COVID-19 berjaya dijinakkan iaitu melalui fasa pertengahan tahun 2022, ARG meramalkan bahawa akan berlaku satu gelombang yang digelarkan sebagai "perintis".

Kumpulan ini akan dipimpin oleh mereka yang melakukan perjalanan perniagaan bersama-sama penumpang kerap (frequent flyer) peringkat pertengahan serta atasan dengan pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke atas.

Kumpulan ini diramalkan bakal membuat perjalanan antarabangsa berjarak sederhana.

12 hingga 18 bulan

Dari 12 hingga 18 bulan, mereka ini akan disertai oleh "fast followers" di mana industri penerbangan bakal memperlihatkan jumlah pengembara perniagaan yang hampir kembali normal bersama-sama dengan tempahan kabin premium untuk kelas perniagaan dan pertama yang semakin meningkat.

Menjelang penghujung tahun 2022, sebahagian besar daripada industri ini akan kembali seperti biasa, atau sekurang-kurangnya hampir sama seperti dahulu sebelum COVID-19 melanda.

16 hingga 24 bulan, dan seterusnya

16 hingga 24 bulan selepas COVID-19 dianggap telah berjaya dikawal di seluruh dunia (iaitu pada penghujung tahun 2022, jika COVID-19 berjaya dikawal menjelang penghujung 2020), barulah para pelancong dengan tujuan percutian akan membanjiri lapangan terbang di seluruh dunia di mana industri ini mencapai 80% hingga 90% jumlah pelancong daripada sebelum virfus melanda.

Selepas 24 bulan iaitu pada tahun 2023, ARG menjangkakan bahawa trafik pengembara dan pelancong akan berada pada tahap yang sama atau lebih daripada sebelum pandemik ini bermula.

Kesimpulan

Melihatkan pada tahap keseriusan pandemik COVID-19 di Malaysia dan juga di luar negara, industri penerbangan dan pelancongan akan terus terkesan sehinggalah virus ini dapat dikekang.

Namun begitu, ia tidak akan kembali pulih seperti biasa dengan serta-merta sebaliknya berlaku dengan perlahan dan berperingkat.

Hal ini disebabkan oleh kekangan kewangan dan juga usaha oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk kembali bangkit selepas tersungkur.

Bagi mereka yang sangat suka mengembara lebih-lebih lagi ke luar negara, impak COVID-19 sangat dirasakan.



from Sehinggit Media https://ift.tt/3a68ldL
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3a2GHOu
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment