Sejak akhir-akhir ni kecoh pasal hadis peristiwa Dukhon yang konon nya didakwa terjadi pada 15 Ramadhan 2020 yang jatuh pada hari Jumaat.
Lebih membimbangkan ramai yang percaya tentang ‘kisah’ ini disebabkan ia dikuatkan lagi dengan hadis yang kononnya sohih.
Melihatkan kepada kebimbangan tersebut, PU Azman tampil bagi menjelaskan keadaan sebenar sekaligus menjawab segala persoalan.
Yang tersebar di dalam ceramah sesetengah orang, dalam audio di grup-grup wassap tentang kegemparan, bunyi hingar bingar, orang berdiri boleh jatuh, keluar asap / dukhon, ini semua adalah tidak sohih.
Harap korang kat luar sana jangan mudah percaya dengan apa yang tersebar yer!
Baca perkongsian PU Azman dibawah:
Kiamat pasti berlaku.
Kegemparan kiamat pasti berlaku.
Dukhon (asap) ada disebut di dalam hadis sohih Muslim.
Tapi semua ini tidak ditentukan masanya. Jauh sekali disebut pada Jumaat pertengahan Ramadhon tahun 2020.
Yang tersebar di dalam ceramah sesetengah orang, dalam audio di grup-grup wassap tentang kegemparan, bunyi hingar bingar, orang berdiri boleh jatuh, keluar asap / dukhon, ini semua adalah tidak sohih.
.
Sebahagian ulama menghukumkannya tersangat-sangat lemah yang tidak boleh langsung berhujah dengannya.
.
Imam Ibnul Jauzi mengatakan hadis Ramadhan itu adalah hadis palsu.
Imam az Zahabiy menyatakan dalam kitab At-Talkhis ini hadis palsu.
Imam Ibnul Qoyyim juga mengatakan palsu.
Netizen sekalian, hentikan penyebaran hadis-hadis yang kita tidak ketahui statusnya.
Masa depan tidak boleh diramal oleh sesiapapun.
.
Kalau nak galakkan umat beramal, jangan guna hadis palsu. Islam tak macam tu. Banyak lagi hadis motivasi yang lain yang sohih. Niat tak halalkan cara. Tiada alasan, "alaaaa, benda baik apa salahnya". Ini biadab dengan Rasulullah.
.
Tapi cintaku padamu asli.
Sumber: Lobakmerah.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2UTtAK4
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2xIe23U
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment