Saturday, 4 April 2020

Kenapa Kau Kejam Sangat Gunting Tangan Kucing..


Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang menjadi pilihan dalam kebanyakan rakyat Malaysia. Berbekalkan wajah yang comel dan jinak haiwan ini sememangkan akan disayangi ramai. 

Bukan itu sahaja, haiwan ini juga memiliki hubungan paling dekat dengan manusia dibandingkan haiwan lain dan disebabkan itu ramai pencinta kucing akan merasai kesedihan apabila kucing kesayangan mereka dianiaya dan pergi buat selama-lamanya.

Begitulah perasaan sedih yang dihadapi oleh seorang pengguna Twitter, Balqis apabila kucing kesayangannya itu telah dianiaya oleh individu yang tidak berhati perut.

Tangan seakan-akan digunting


Balqis menerusi laman Twitter miliknya ada menceritakan kembali satu kisah sedih yang tidak dapat dilupakannya sehingga kini. Menceritakan kisah itu, gadis ini memberitahu bahawa pada suatu hari dia amat terkejut apabila mendapati tangan anak kucing kesayangannya cedera seakan-akan seperti telah digunting.


Menurut Balqis, pada awalnya dia langsung tidak mengetahui keadaan kucingnya itu sehinggalah pada malam hari dia terdengar suara anak kucingnya itu. Dia yang berasa pelik itu kemudian memeriksa keadaan anak kucing kesayangannya dan sangat terkejut melihat semut sudah pun menghurung bahagian tangan kucing tersebut.

Anak kucing kesakitan



Dia kemudian memberitahu bapanya tentang kejadian itu tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana hari sudah lewat malam dan klinik verterinar telah tutup. Lebih menyedihkan apabila bapanya memberitahu anak kucingnya itu seperti tidak dapat diselamatkan lagi.

Walaupun begitu, gadis ini masih berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan kucing kesayangannya itu. Dia menyapu minyak gamat dan membalut luka kucing tersebut dengan harapan lukanya itu dapat sembuh.

Suara tangisan terhenti



Tambahnya lagi, sepanjang malam itu dia tidak dapat tidur dengan lena kerana bimbang memikirkan keadaan anak kucingnya. Pada malam tersebut, kedengaran kuat suara anak kucing tiba-tiba suara itu terhenti. Pada ketika itu, gadis ini tidak dapat menahan sedih dan menangis sepuas-puasnya.

Pengalaman netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa anak kucing tersebut. Tidak kurang juga ada di antara mereka turut berkongsi pengalaman sedih yang pernah dialami oleh kucing kesayangan mereka gara-gara sikap tidak bermoral segelintir individu.

Sumber: Balqis via Ohbulan.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/39GpSsz
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2JDqogr
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment