Saturday 11 April 2020

Kedai Gunting Rambut Tidak Dibenarkan Beroperasi Di Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mendahului enam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain di negeri ini, apabila tidak membenarkan kedai gunting beroperasi.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Shahidan Embok mengakui, pihaknya terpaksa mengambil tindakan untuk tidak membenarkan kedai gunting beroperasi sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.

“Walaupun kerajaan negeri belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai operasi kedai gunting, tetapi kita mengambil pendekatan itu sebagai mematuhi ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dilaporkan berkata, operasi kedai gunting rambut perlu ditangguhkan sementara.


Shahidan berkata, MBKT akan mengekalkan tindakan seperti dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dan kedua.

Jelasnya, MBKT sehaluan dengan KKM iaitu rangkaian COVID-19 sukar diputuskan dan kebarangkalian jangkitan boleh berlaku jika perhimpunan terus diadakan.

“Selagi kerajaan negeri belum mengumumkan keputusan, MBKT tidak akan membenarkan kedai gunting beroperasi,” katanya.

Shahidan menjelaskan, sebagai insentif kepada pengusaha kedai gunting yang akur dengan arahan PKP, MBKT mungkin akan mengecualikan bayaran sewa premis miliknya.

“Kita akan bincang pengecualian bayaran sewa premis pada mesyuarat majlis MBKT, ” katanya.

Sementara itu, tinjauan dilakukan di beberapa kedai gunting rambut di Hentian Bas MBKT mendapati pengusaha akur dengan arahan dikeluarkan kerajaan sejak PKP dikuatkuasakan 18 Mac lalu.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Xvp5bw
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2yd4z4H
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment