Monday 13 April 2020

Kedai Gunting Rambut, Saloon Dan Kedai Cermin Mata Tak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP


Perdana Menteri telah buat keputusan operasi kedai gunting rambut atau salun kecantikan dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Perkara berkenaan diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media sebentar tadi.



"Beberapa hari lalu isu berlegar-legar ialah mengenai kedai gunting rambut. Seperti saya sebutkan dalam sidang media dua hari berturut-turut, kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat, kerajaan mendapat nasihat pakar, kerajaan mendengar suara badan NGO.

"Sehubungan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan iaitu operasi kedai gunting rambut, salon kecantikan, dan kedai cermin mata seluruh negara  tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Justeru, keputusan dibuat kerajaan itu akan menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan banyak pihak berhubung langkah kerajaan sebelum ini.


from Sehinggit Media https://ift.tt/3b9rDjy
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3chdNMj
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment