Mungkin kerana bosan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh dikatakan ramai yang sudah mula terjebak dengan aplikasi TikTok. Bagaimanapun, Pencetus Ummah (PU) Amin menasihatkan agar jangan terlalu seronok ketika waktau bencana sebegini.
PU Amin turut menyarankan agar isi masa dengan zikir, selawat dan membaca Al-Quran dan tidak melakukan perkara sia-sia. Katanya lagi, apabila hati dan lidah sentiasa mengingati Allah, akan hilanglah rasa nak berTikTok.
Menerusi perkongsian di Instagram, PU Amin berkata tidak salah untuk merakam video joget tetapi janganlah dipertontonkan kepada khalayak ramai. Ujarnya lagi, pada ketika ini kita sepatutnya bermuhasabah diri dan tinggalkan perkara yang sia-sia.
“Jangan isi masa bosan dengan perkara sia sia . Kalau nak rekod video joget, boleh, tapi hanya dilihat oleh mahram kita . Kita saling berpesan, kerana waktu bencana bukan waktu berseronok , waktu bencana adalah waktu untuk bermuhasabah,” tulisnya.
Perkongsian PU Amin itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang bersetuju dengan saranan pendakwah tersebut. Tidak kurang juga ada yang menyindir seorang menteri yang sebelum ini menggalakkan penyertaan pertandingan TikTok.
Sumber: Rotikaya.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2UXJdRO
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3a0sXUk
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment