Friday 17 April 2020

Jangan Bangga & Tayang Bila Buat Salah, Individu Kongsi Tips "Balik KL" Sudah Dikenalpasti


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak polis telah mengenalpasti individu yang melanggar dan berkongsi tips melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di media sosial.

“Semalam tular di media sosial seorang lelaki dan keluarga menunjukkan mereka balik ke Kuala Lumpur dan memberi tips kepada orang ramai untuk menipu polis.

“Jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain supaya mengikut tindak-tanduk mereka untuk melakukan kesalahan.

“Pihak polis telah mengenalpasti mereka dan tindakan akan diambil ke atas mereka. Tiada sesiapa pun akan terlepas dari tindakan polis dan undang-undang jika melakukan kesalahan.


“Lebih-lebih lagi mereka telah mengakui mereka telahpun ingkar terhadap peraturan PKP ini.

“Jadi tolonglah jangan berbangga melakukan kesalahan dan menganggap diri kita hero apabila melakukan kesalahan kerana akhirnya tindakan akan dilakukan pihak polis dan menyusahkan diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Semalam, tular gambar seorang lelaki sekeluarga yang mengaku berjaya pulang ke Kuala Lumpur dengan memberi alasan kepada pihak berkuasa.


Sumber: RTM via https://siakapkeli.my/


from Sehinggit Media https://ift.tt/3cp9luN
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cpdgI1
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment