Tuesday 21 April 2020

Harga Minyak Rendah Tidak Beri Kesan Kepada Unjuran Defisit Negara - Menteri Kewangan


KUALA LUMPUR: Pengiraan impak penurunan harga minyak sudah diambil kira dalam pengiraan defisit negara iaitu lebih 4.0 peratus ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), demikian kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ia sekali gus mencerminkan anggaran defisit sepanjang tahun yang berdasarkan kepada jangkaan harga minyak yang tertentu.

Beliau berkata, jika harga minyak merosot hingga ke paras lebih rendah daripada anggaran purata tahunan, kerajaan akan menyusun semula keutamaan perbelanjaan bagi mengimbangi kejatuhan pendapatan.


“Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan harga minyak. Kementerian memahami perhatian umum terhadap harga minyak,

memandangkan ia dipengaruhi faktor geopolitik global.

“Namun, adalah penting untuk memahami bagaimana Malaysia mempunyai asas ekonomi yang pelbagai,” katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas mengenai isu harga minyak.

Memandang ke hadapan, Zafrul berkata, Kementerian Kewangan akan meneliti langkah untuk menyusun semula struktur ekonomi bagi meningkatkan kepelbagaian ekonomi, selain daripada melaksanakan dasar fiskal dan kewangan yang lebih baik untuk membangunkan daya tahan ekonomi negara.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2RV7qXe
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VLnzQ6
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment