Saturday 11 April 2020

Golongan 'Kayangan' Enggan Bekerjasama Dengan KKM, Tindakan Tegas Menanti Mereka


PUTRAJAYA : Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang enggan bekerjasama dengan petugas kesihatan KKM seperti yang berlaku di pusat kuarantin. 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

"Hari ini mesyuarat memutuskan bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mereka iaitu di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam, bukan saja menghalang tugas  polis, tetapi juga kepada sesiapa penjawat awam yang terlibat dalam menghalang rantaian COVID ini termasuk  jururawat, dan doktor," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.


Mereka yang melakukan kesalahan itu di bawah  Seksyen 186 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, setakat 9 April 2020, sebanyak 156 Pusat Kuarantin telah beroperasi berbanding 146 pada hari sebelumnya, di mana 11,445 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

"Semalam (10 April 2020) seramai 386 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib," tambahnya lagi.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/39ZxmXK
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2K2bFvv
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment