Wednesday 15 April 2020

Gara-Gara Mengata Zarina Anjoulie, Emelda & Amyza Berdepan Tuntutan Ganti Rugi RM4 Juta


Persengketaan antara Zarina Anjoulie bersama dua orang pelakon, Emelda Rosemila dan Amyza Aznan masih lagi belum reda dan nampaknya sudah semakin panas.

Terbaru, dalam satu kenyataan media Zarina Anjoulie Lavocah bertindak membuat tuntutan terhadap dua pelakon tersebut dengan meminta pampasan sebanyak RM4 juta.

Cubaan menjatuhkan reputasi

Menurut peguam yang mewakili Zarina, Nurul Hafidzah memberitahu bahawa tuntutan itu dibuat terhadap dua pelakon berdasarkan dakwaan cuba untuk menjatuhkan raputasi anak guamnya di Instagram dan Telegram.


Tuduhan palsu dan fitnah

Jelasnya, hantaran dan komen dua pelakon tersebut didapati mempunyai niat jahat untuk mencemarkan nama baik Zarina Anjoulie, termasuklah menerusi penyebutan nama dan body shaming. 

“Emelda dan Amyza melakukan penyiaran dan komen-komen yang salah, menyedari ianya palsu dan dengan sengaja membahayakan kedudukan imej, jenama peribadi dan reputasi anak guam kami. Kedua-dua individu tersebut menerbitkan tuduhan palsu dan fitnah mengenai anak guamnya…”



Justeru, Zarina menuntut bayaran ganti rugi sebanyak 3 juta daripada Amyza dan 1 juta daripada Emelda, berserta dengan satu permohonan maaf secara terbuka.

Sumber : mStar Online via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/2wMGRMy
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bcG721
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment