KUALA LUMPUR: Krisis COVID-19 yang dihadapi oleh negara ketika ini bukan masa untuk mencari siapa lebih popular, sebaliknya semua pihak perlu berusaha untuk mendepani dan menangani isu berkenaan secara bersama.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia kini berdepan krisis kesihatan dan ekonomi terburuk dalam sejarah, sehubungan itu usaha perlu ditumpukan untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah tersebut.
"Kita bukan sahaja perlu ucap terima kasih kepada barisan hadapan, bahkan kita perlu sama-sama tunjuk sokongan dan beri perhatian dengan menyahut nasihat-nasihat yang diberikan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi akaun Twitternya @chedetofficial hari ini.
Sehingga 12 tengah hari semalam, terdapat 4,530 jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara ini dengan 73 kematian. -- BERNAMA
from Sehinggit Media https://ift.tt/3eevygN
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ehpLqL
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment